PENGENALAN
|
PERSEKUTUAN PEMGAKAP MALAYSIA
DAERAH TUMPAT
KUMPULAN 44
NAMA KUMPULAN ; KUMPULAN 44 TUMPAT
NO. PENDAFTARAN ; M 9112
NAMA SEKOLAH ; SEKOLAH KEBANGSAAN BERANGAN [2]
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya ,
saya berjanji dan bersedia , yang saya
dengan seberapa daya upaya saya akan;
TAAT KEPADA TUHAN ,RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1.DEFINISI PENGAKAP
Pergerakan sukarela ,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda
terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama
Selaras dengan tujuan prinsip undang – undangnya.
2.MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda atau kanak- kanak bagi melahirkan individu yang
berpontesi dari segi fizikal ,intelek ,sosiol dan rohani serta tanggangjawab
Terhadap masyarakat ,Negara dan seterusnya masyarakat antarabangsa
3.MOTO
Tiada Hasil Kecuali Kecermelanga,
4.VISI
Kumpulan Pengakap Bertaraf Negara
5.COGATKATA PENGAKAP
Buat Habis Baik
6.PRINSIP – PRINSIP BERPENGAKAP
Berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang – undang Pengakap.
Tiga perinsip itu adalah seperti berikut ;
i. Kepercayaan Kepada Tuhan
ii. Tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara.
iii. Berkhidmat kepada diri sendiri.
7.UNDANG – UNDANG PENGAKAP
1.Dipercayai
2.Taat
3.Berguna
4.Bersaudara
5.Berbudi
6.Kasihkan binatang
7.Menurut perintah
8.Tabah hati
9.Berjimat
10.Suci fikiran,suci perkataan dan suci perbuatan.
KEKUATAN KAMI
KAMI MEMILIH PENGAKAP
SEBAGAI UNIT BERUNIFORM BERDASARKAN 5M
1. MENAMBAHKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.
2. MENERAPKAN NILAI KEPIMPINAN
3. MEMUPUK SIKAP BERDIKARI DAN BERTANGGUNGJAWAB
TERHADAP DIRI SENDIRI , AGAMA , KELUARGA , MASYARAKAT DAN NEGARA.
4. MENCABAR MINDA , EMOSI , DAN FIZIKAL MELALUI
AKTIVITI YANG DIJALANKAN .
5. MENANAM SIKAP BUAT HABIS BAIK , YAKIN BOLEH
KAMI JUARA..
SEJARAH
|
SEJARAH PERKEMBANGAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANGAN 2
Pengakap SK Berangan 2 ditubuhkan pada tahun 1995. Penubuhannya setelah SK Berangan telah dipecahkan kepada 2 iaitu SK Berangan 2 dan SK Berangan 1. Pengakap sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan pengakap Malaysia pada 9 Oktober 1995. Nombor siri pendaftaran M 9112. Nama yang diberi Pengakap ialah Kumpulan 44 Tumpat.
Peringkat awal penubuhan ahli yang berdaftar 30 orang . Ahlinya meningkat dari setahun
ke setahun . Walau bagaimanpun bermula 2005 jumlahnya terpaksa dihadkan kerana terdapat 4 unit pakaian seragam di sekolah ini iatu Pengakap , PBSM , Tunas Kadet dan Puteri Islam. Murid terpaksa diagihkan dan jumlahnya hampir sama .
Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan dan disertai oleh Pengakap sekolah ini di peringkat sekolah , daerah , negeri dan kebangsaan.
1. Peringkat sekolah
1.1 Perjumpaan 2 kali sebulan iaitu setiap hari Khamis minggu genap
1.2 Kursus Lawat Kaki
1.3 Ujian Lencana
1.4 Larian Pengakap
1.5 Pra Rambu
1.6 Kursus Kemahiran Pengakap
1.7 Perkhemahan Unit uniform
2. Peringkat Daerah
2.1 Kursus Ketua Sekawan
2.2 Kursus Kawat Kaki
2.3 Pra Rambu
2.4 Perkhemahan Agung Peringkat Daerah
3. Peringkat Negeri
3.1 Ujian Anugerah Pesuruhjaya Pengakap Negeri ( RAMBU ) – bermula 1996 hingga kini
3.2 Pertandingan Kecekapan Pengakap
3.3 KEMPORI Kelantan
3.4 KOROBORI Kelantan
3.5 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri
4. Peringkat Kebangsaan
4.1 JEMBORI Malaysia di Johor 3 orang peserta ( 1999 ) – wakil negeri Kelantan
4.2 KOROBORI Malaysia - di Kem Kijang 2005
Harapan kita semoga Pengakap sekolah ini akan lebih aktif lagi pada tahun yang akan datang . Visi pasukan ialah Pengakap SKB 2 Tersohor 2020.
0 comments :
Post a Comment